AktivitiBerita & MaklumatMuka Depan Sudut AhliSenarai ExcoSenarai Konsultan Hubungi KamiAlamat dan Peta
PROJEK USAHASAMA
POKOK GAHARU

Gaharu adalah sejenis bahan bernilai tinggi yang mengeluarkan wangian tersendiri dan diperolehi daripada pokok karas yang mengalami masalah atau stress samada akibat jangkitan penyakit, kerosakan fizikal atau kekurangan sumber untuk pertumbuhan yang normal. Gaharu ini didapati pada bahagian dalam batang pokok karas iaitu berupa resin. Kayu-kayu gaharu ini mengandungi kandungan resin dalam pelbagai kuantiti dan kualiti dan dikelaskan kepada beberapa gred tertentu oleh pengusaha dan pencari gaharu. Penggunaan gaharu adalah sangat luas dan meliputi pelbagai aspek daripada penggunaannya sebagai bahan wangian, perubatan sehinggalah kepada upacara keagamaan. Sifat minyak gaharu yang mampu mengekalkan wangiannya dalam jangkamasa yang lama juga merupakan kelebihan yang menjadikan pengusaha wangian menggunakannya sebagai minyak asas dalam campuran minyak wangi Menyedari tentang potensi gaharu sebagai satu sumber ekonomi baru di Malaysia terutamanya kepada penduduk luar bandar, Nuklear Malaysia sebagai sebuah pusat penyelidikan telah mengambil langkah-langkah proaktif menjalankan penyelidikan berteraskan teknologi nuklear ke atas bahan ini.
Penyelidikan gaharu di Nuklear Malaysia meliputi aspek  perladangan, aruhan penghasilan gaharu, pengekstrakkan, penghasilan benih karas dan kaedah pengenalpastian gaharu serta penggredan. Projek penyelidikan gaharu di Nu klear Malaysia secara intensif telah berjalan selama dua tahun dan bagi memperkemaskan lagi aktiviti-aktiviti penyelidikan, kerjasama diantara Nuklear Malaysia dengan pengusaha-pengusaha gaharu, peladang-peladang dan badan pengurusan dan penguatkuasa sedang giat dijalankan.

LAGI TENTANG GAHARU??
Top portion
 
 
 
   
   
   
  gudang  
   
   
gudang
 
gudang
 
gudang
Sg tengas
 
Sg Tengans
 
Serdang
Serdang
 
Alor Setar
Kulim